Simbol asas Angka Babylon

Hanya dua simbol ( untuk mengira unit dan untuk mengira puluh) digunakan untuk menanda 59 digit bukan sifar. Simbol-simbol ini dan nilainya digabungkan untuk membentuk digit dengan cara tatatanda nilai tunggal, sama seperti angka Rumi; contohnya, gabungan mewakili nombor digit untuk 23 (lihat jadual di bawah). Satu ruang ditinggalkan untuk menanda kedudukan yang tidak mempunyai nilai, sama seperti nombor sifar moden. Orang Babylon kemudiannya mereka satu tanda untuk mewakili kedudukan kosong ini. Oleh kerana mereka kekurangan simbol untuk menjalankan fungsi titik radiks, maka nilai tempat untuk unit perlu ditentukan berdasarkan konteks: boleh mewakili 23 atau 23×60 atau 23×60×60 atau 23/60, dan sebagainya.

Senarai simbol kuneiform angka Babylon dari 0 hingga 59.
Unit
…0…1
…2
…3
…4
…5
…6
…7
…8
…9
Puluh0…()
1…
2…
3…
4…
5…

Sistem ini secara jelas menggunakan perpuluhan dalaman untuk mewakili digit, tetapi ia bukanlah satu sistem radiks campuran asas 10 dan 6 yang sebenarnya, kerana sub-asas sepuluh hanya digunakan untuk memudahkan perwakilan set digit yang besar, sementara nilai tempat dalam urutan digitnya secara konsisten adalah berasaskan 60 dan aritmetik yang sewajarnya untuk pengiraan melibatkan digit ini ialah perenampuluhan.

Warisan perenampuluhan masih kekal wujud sehingga hari ini, dalam bentuk darjah (360° dalam satu bulatan atau 60° dalam satu sudut segi tiga sekata), minit, dan saat dalam trigonometri dan penentuan masa, walaupun kedua-dua sistem ini adalah sebenarnya radiks campuran.

Teori umum menyatakan yang 60, satu nombor sangat komposit superior (sebelum dan selepasnya dalam siri ini ialah 12 dan 120), dipilih kerana pemfaktoran primanya: 2×2×3×5, yang membolehkan ia dibahagikan dengan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 10, 12, 15, 20, dan 30. Sesungguhnya, ia juga merupakan integer terkecil yang boleh dibahagikan dengan semua integer dari 1 hingga 6. Dalam sistem angka Babylon, Integer dan pecahan diwakili dengan kaedah yang sama— satu titik radiks tidak ditulis tetapi dijelaskan dengan konteks.

Contoh nombor yang ditulis dengan penomboran perenampuluhan Babylon.
Nilai perpuluhanTulisan kuneiform BabylonDekomposisi dalam asas 60
11 x 1
1717 x 1
4444 x 1
6060 = 1 x 60 + 0 x 1
851 × 60 + 25 x 1
36003600 = 1 x 60² + 0 x 60 + 0 x 1
113273 × 60² + 8 × 60 + 47 x 1
7000,25251 x 60² + 56 x 60 + 40 x 1 + 15/60 + 9/60²